Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

45) SEKOLAH TAMIL DESA COALFIELDS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan sekolah tersebut telah terhenti. sila huraikan masalah-masalah pembangunan

    Sekolah Tamil Desa Coalfield merupakan projek pembangunan yang dirancang untuk menjaga dan memberi peluang kepada anak pekerja ladang mendapatkan pendidikan yang sempurna dalam menjamin masa depan mereka.

    Perancangan dan pembangunan sekolah tersebut telah terhenti seketika berhubungkait dengan penyelesaian isu penyerahan balik tanah oleh pemaju kepada Kerajaan Negeri. Isu tanah ini merangkumi semua aspek antaranya adalah permohonan pewartaan daripada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), proses pembangunan dan susun atur serta keperluan tapak yang mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya dan juga kelulusan – kelulusan berkaitan daripada agensi dan jabatan terlibat sebelum kerja – kerja fizikal di atas tanah dapat dilaksanakan.

    Walau bagaimanapun, melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS), Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor (PTDKS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) serta Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) akan memastikan permasalahan yang timbul diselesaikan dengan segera berdasarkan bidang kemahiran masing – masing bagi memastikan projek pembangunan Sekolah Tamil Desa Coalfield dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.