Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

187) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Task Force Felda, membantu peneroka yang terbeban dengan skim pelaburan FGV yang gagal?

    a) dan b)

    Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor telah ditubuhkan melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 21/2010 pada 16 Jun 2010 bertujuan untuk menyusun dan memperkemaskan pelaksanaan tanah Rancangan FELDA Sungai Buaya serta membangunkan Skim Perumahan bagi anak-anak generasi kedua Felda serta menyelesaikan masalah berkaitan Felda di Negeri Selangor.

    Sehubungan dengan itu, Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor tidak terlibat bagi penyelesaian isu berhubung dengan skim pelaburan FGV dan ianya adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

    Justeru itu, Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor juga telah ditutup dan dibubarkan selaras dengan kelulusan penutupan Akaun Amanah Sekretariat Felda pada 7 Oktober 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.