Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

147) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini sektor pelancongan Negeri selepas tragedi kehilangan MH370 ?

    Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 telah menjejaskan kedatangan pelancong China bukan sahaja ke Selangor tetapi ke seluruh Malaysia setelah 30 peratus pelancong telah membatalkan percutian mereka ke negara ini melibatkan kos lebih RM100

     

    Sektor pelancongan di Selangor turut sama terjejas berikutan tragedi kehilangan pesawat MH370. Wujud pembatalan tempahan hotel, pengurangan lawatan ke beberapa produk pelancongan sekitar Selangor dan sebagainya.

    Persatuan Pemandu Pelancong Selangor (STGA) turut merasa impak  penurunan apabila sebanyak 80% pembatalan kunjungan pelancong dari China melalui agensi agensi pelancongan telah memberi kesan besar kepada industri pelancongan terutama pemandu pelancong serta pengusaha bas dan teksi yang memberi tumpuan kepada sektor pelancongan.

    Impak dari kejadian ini, syarikat penerbangan China Southern Airlines telah mengurangkan kekerapan penerbangan Beijing-Kuala Lumpur, Malaysia daripada tiga kepada sekali sehari bermula Mei tahun ini berikutan kekurangan penumpang.

    Selain itu, Xiamen Airlines yang sepatutnya tambah kekerapan penerbangan Beijing-Kuala Lumpur kepada 10 kali seminggu terpaksa ditangguhkan.

     

    Untuk makluman, pada tahun lalu pelancong dari China adalah kumpulan ketiga

    (3) terbesar (1.6juta) selepas pelancong Singapura dan Indonesia.

Lampiran

Tiada Lampiran.