Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

11) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pelancongan merupakan sektor yang mampu membawa keuntungan dan membawa hasil kepada Kerajaan Negeri. Apakah peranan Tourism Selangor dalam mempromosikan destinasi pelancongan di negeri ini, dan sejauh manakah kejayaan Tourism Selangor dalam menjalankan usaha-usaha tersebut.?

    Tourism Selangor telah menjalankan beberapa usaha-usaha untuk mempromosi negeri Selangor seperti berikut :-

    • Mengadakan kerjasama       dengan            hotel-hotel       di         sekitar Selangor          bagi              mengadakan pakej-pakej yang menarik serta menawarkan harga berpatutan
    • Mengadakan kerjasama dengan semua pengusaha homestay dengan menyediakan pakej-pakej khas untuk kesemua program homestay di Selangor.
    • Mengadakan pakej yang lebih menarik bagi homestay iaitu pakej ibadat korban yang diadakan di homestay sekitar Selangor.
    • Bekerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Fireflyz dengan mengadakan Fam Trip ke Selangor
    • Mengadakan Fam Trip bagi wartawan media cetak dan elektronik ke seluruh Selangor pada 24-27 Julai dalam usaha memperkenalkan dan mempromosikan  dengan lebih meluas terhadap produk-produk pelancongan di Selangor.
    • Mempromosikan secara             elektronik        iatu      laman sesawang        TSSB iatu              tourismselangor.org
    • Menyediakan pakej-pakej yang menarik dengan turut mempromosikan taman tema di sekitar Selangor seperti Wet World dan Sunway Lagoon.
    • Mempromosikan bidang pelancongan yang semakin popular iatu “Health Tourism”, “Education Tourism”, sukan ekstrem serta MICE.
    • Turut diadakan ialah cara yang menjadi trademark Selangor seperti Musical  Extravaganza dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.