Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

88) Sektor Pelancongan Negeri Selangor Pasca COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dan tindakan Kerajaan Negeri dalam memulihkan Industri Pelancongan Pasca COVID-19?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bagi membangun dan memulihkan semula industri ini dalam situasi Covid-19 seperti yang berikut:-

    i) Pakej Rangsangan Ekonomi melalui bantuan ‘one-off’ kepada pemandu pelancong/hos komuniti/penyelaras homestay berlesen sebanyak RM1,000.00 seorang, bagi tujuan pegumpulan data-duta kecil pelancongan Selangor.
    ii) Pakej Rangsangan Ekonomi melalui penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai bantuan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00).
    iii) Penganjuran Kempen Promosi Pelancongan “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang memberi penekanan kepada pasaran domestik dengan menggunakan platform media sosial, digital dan atas talian.
    iv) Aktiviti promosi pelancongan norma baharu melalui penglibatan di dalam program promosi pelancongan yang menggunakan platform digital dan atas talian seperti penganjuran program promosi Selangor E-Travel Fair dimana Tourism Selangor dapat berhubung dan berinteraksi bagi menyampaikan tawaran-tawaran serta maklumat terkini industri pelancongan di negeri Selangor kepada pihak agensi pelancongan, pengusaha produk pelancongan dan pihak berkaitan industri pelancongan lain serta para pelancong secara terus tanpa bersemuka
    v) Penganjuran Program Jelajah Persona Negeri Selangor khusus bagi pasaran domestik seperti ke Negeri Pulau Pinang dan Terengganu.
    vi) Kempen promosi pelancongan melalui medium pengiklanan ‘Outdoor Billboard’, ‘Unipole’ dan ‘ Digital Billboard’ di beberapa kawasan yang terpilih seperti Johor, Kedah, Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
    vii) Penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa
    viii) Penyediaan pakej pelancongan yang melibatkan integrasi promosi antara 9 Daerah dan 12 PBT di Negeri Selangor
    ix) Penganjuran Acara Pelancongan norma baharu yang menekankan SOP (Standard Operation Procedure) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.