Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

61) SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sektor pertanian merupakan salah satu punca pendapatan utama penduduk Sepang dan sebagai sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedia memberi baja kepada pekebun kelapa sawit dan pekebun ubi kayu dan ubi keledek di Negeri Selangor?

    JAWAPAN DARIPADA JABATAN PERTANIAN
    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pertanian tidak menyediakan bantuan baja
    bagi tanaman kelapa sawit buat masa ini dan hanya menyediakan khidmat nasihat
    terutama berkaitan serangan musuh perosak. Bagi petani yang mengusahakan
    tanaman keledek dan ubi kayu, Jabatan Pertanian menyediakan bantuan dalam bentuk
    pakej amalan teknologi seperti bahan input baja, racun dan juga penyediaan
    infrastruktur asas.

Lampiran

Tiada Lampiran.