Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

139) SEKTOR PERUMAHAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi-strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam mengawal harga rumah yang melambung naik?

    Kerajaan Negeri peka tentang peningkatan harga jualan hartanah yang semakin melambung tinggi dalam Negeri Selangor. Strategi memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang bermula pada 1 Januari 2014 telah menetapkan syarat penyediaan Rumah Mampu Milik di antara 20% hingga 50% daripada bilangan unit perumahan keseluruhan yang dibina dalam sesuatu pembangunan berdasarkan kepada kawasan pembangunan yang telah ditetapkan sama ada terletak dalam Zon 1, Zon 2 ataupun Zon 3. Penyediaan Rumah Selangorku ini ditetapkan pada harga jualan antara RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit berdasarkan saiz keluasan lantai dan jenis rumah. Berdasarkan kepada syarat pembangunan yang telah ditetapkan ianya secara tidak langsung menetapkan harga jualan rumah yang ditawarkan pada sesuatu pembangunan lebih murah sekurang-kurangnya 20% hingga 50% dari unit-unit lain yang dibangunkan dan dijual pada harga bebas.

    Bagi tujuan pemantauan dan pengawalan, pengawalan pula, segala syarat penetapan komposisi pembinaan rumah dan harga jualan rumah akan dimasukkan dalam kelulusan pemberimilikan dan pembangunan tanah khususnya pada agensi yang meluluskan pelan pembangunan. Sebarang ketidakpatuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri akan memberi kesan terhadap pembangunan perumahan yang telah dirancang oleh pemaju.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.