Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

2) SELANGOR AUTOMOTIVE BELT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan kerajaan bagi kawasan fokus seperti Selangor Automotive Belt supaya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun 2012 ?

    Aktiviti ekonomi utama di Daerah Hulu Selangor ialah perindustrian. Aktiviti ini tertumpu di Sungai Choh, Bandar Baru Batang Kali, kawasan Perindustrian Hulu Yam, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kundang, Batang Kali, Kerling, Serendah, Pusat Perindustrian Zurah, Mukim Rasa

    Hasil dari pertumbuhan sektor perindustrian menyebabkan  beberapa kawasan mengalami pembangunan komersil yang memberangsangkan seperti Ulu Bernam, Kalumpang, Batang Kali, Serendah, Ulu Yam, Kerling Sungai Choh.

    Pembangunan daerah Hulu Selangor memberi penekanan pada pembangunan fizikal daerah dimana sektor perindustrian, perkhidmatan dan projek berskala besar diberi tumpuan. Antara kawasan yang terlibat:

    1. Lingkaran Pembangunan Hulu Selangor – Tanjung Malim – Slim River telah dikenal pasti sebagai zon pembangunan campuran dan industri. Tumpuan pembangunan adalah di Kalumpang, Batang Kali, Ulu Yam Baru, Kerling dan Sungai Choh.
    2. Pembangunan ini menyebabkan berlaku transformasi pembangunan guna tanah yang beralih daripada pertanian kepada perbandaran. Wujud beberapa pusat pertumbuhan baru seperti:  Bandar Baru Bukit Beruntung – Bukit Sentosa
    • Bandar Baru Lembah Beringin
    • Bandar Baru Sungai Buaya

    Bandar Kuala Kubu Bharu yang terletak di Koridor Serendah Batang Kali – Kuala

    Kubu Bharu – Tanjung Malim menjadi pusat daerah, Batang Kali dan Ulu Yam

    Baru menjadi pusat perkhidmatan utama. Selain itu, perumahan juga akan wujud di sekitar koridor ini.

    • Kerajaan Negeri menggunakan beberapa pendekatan dalam membangunkan daerah Hulu Selangor seperti;-
    • Corak pembangunan berpusat iaitu memberi penekanan pada pembangunan dalam dan sekitar kawasan pusat pertumbuhan bagi menggalakkan pembangunan yang cepat dan bersepadu di samping menggalakkan pembangunan beberapa pusat pertumbuhan baru.
    • Meningkatkan kelengkapan infrastruktur di semua kawasan khususnya kawasan pembangunan industri.

    Kawasan Serendah, Hulu Selangor telah dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Selangor Automotive Belt. Kebanyakan syarikat-syarikat pembuatan barangan peralatan kenderaan beroperasi di Serendah dan sekitar Hulu Selangor yang merupakan vendor kepada Perodua, Nissan dan Proton. Selain itu ia juga merupakan pelengkap kepada Proton City di Tanjung Malim.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui SSIC Berhad sedang giat mempromosikan kawasan-kawasan industri yang masih ada di kawasan tersebut kepada pelaburpelabur yang berpotensi.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut meluluskan pemberimilikan tanah secara pajakan kepada syarikat Tan Chong Motor untuk mereka membuat penambahan pelaburan dan pembesaran kilang mereka dan menjadikan kilang di Serendah sebagai kilang utama bagi pemasangan kenderaan jenis Nissan.

    Bagi menggalakkan pertumbuhan sektor perindustrian, infrastruktur kawasankawasan industri sentiasa dipertingkatkan agar para pelabur berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.