Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

74) SELANGOR BIO BAY

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuka ruang kepada pelabur dalam bidang bioteknologi lain selain kosmetik, sains hayat, farmaseutikal dan industri berkaitan sawit bagi meletakkan pelaburan mereka di Selangor Bio Bay?

    Secara dasarnya, Selangor Bio Bay dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Central Spectrum (M) Sdn Bhd bagi menyediakan kemudahan prasarana kepada pelabur yang terlibat dalam industri berasaskan bio-teknologi. Selangor Bio Bay berperanan sebagai penyumbang kepada ekonomi serta memperkukuhkan transformasi ke arah Smart Selangor.

     

    Selain dari bidang kosmetik, sains hayat, farmaseutikal dan industri berkaitan sawit, Selangor Bio Bay juga membuka ruang kepada pelabur dari lain-lain industri yang mempunyai elemen bioteknologi.

    Walaubagaimanapun, kesemua aktiviti adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Jabatan Alam Sekitar

    Sumber : Central Spectrum (M) Sdn Bhd

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.