Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

3) SELANGOR BRAIN BANK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk dan ciri-ciri Selangor Brain Bank?

    Setakat ini Kerajaan Negeri belum lagi menentukan bentuk dan ciri Selangor Brain Bank. Walau bagaimanapun, bagi melahirkan rakyat Selangor yang berpendidikan dan membentuk penjawat awam yang berpengetahuan, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri antaranya ialah:

    1. Hadiah Pengajian IPT sebanyak RM1,000.00 yang diberikan kepada anak–anak Selangor yang layak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.
    2. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor tanpa faedah kepada anak–anak Selangor yang layak yang melanjutkan pengajian di IPT di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
    3. Program Khas Kakitangan Awam yang memberikan insentif kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan Badan Berkanun Negeri yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Lanjutan Secara Sambilan melalui pembiayaan Tabung Kumpulan Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
    4. Pelancaran Biasiswa Menteri Besar dengan bond Kerajaan Negeri untuk program–program peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
    5. Selain daripada program–program di atas, Kerajaan Negeri juga dari semasa ke semasa akan memperkenalkan program–program yang dapat meningkatkan kebolehan intelektual dan kemahiran rakyat Selangor bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan bermaklumat.

Lampiran

Tiada Lampiran.