Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

18) Selangor Business Capital (SBC)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan pelan pembangunan SBC?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri dan PKNS sedang dalam proses memuktamadkan perancangan pelan induk pembangunan Selangor Business Capital sebagai ‘financial and business district’ kepada Negeri Selangor supaya berdaya saing agar dapat menarik minat pelaburan domestik dan antarabangsa.

    Pelan kebenaran merancang bagi pembangunan SBC dijangka akan dikemukakan pada suku pertama tahun depan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.