Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

161) SELANGOR DESTINASI PELABURAN UTAMA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif?

    Tindakan Kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif seperti berikut;-

    1. Mengadakan pertemuan dengan wakil – wakil kedutaan dan dewan – dewan perniagaan asing di Malaysia.
    2. Mengadakan sesi dialog dan pertemuan dengan pihak syarikat, pertubuhan – pertubuhan perniagaan tempatan.
    3. Mengadakan kunjungan hormat ke syarikat – syarikat yang beroperasi di Negeri Selangor.
    4. Mengadakan mesyuarat IPMC disetiap PBT sebagai medium bagi PBT dan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu yang dihadapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.