Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

259) SELANGOR ENTRERUPERUNERSHIP MARKETING PLATFORM (SEMP)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program SEMP?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa peka terhadap perkembangan dunia teknologi keusahawanan. Dengan peredaran terkini dunia keusahawanan, maklumat di hujung jari, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah mempunyai aplikasi telefon pintar dan tablet Usahawan Selangor. Berpandukan aplikasi tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan sedang memperincikan lagi “features” yang perlu diwujudkan di dalam aplikasi tersebut dan apabila kesemua faktor telah diambil kira, aplikasi tersebut akan dinaiktaraf kepada Selangor Entrepreneurship Marketing Platform (SMEP). Aplikasi yang dinyatakan ini telah boleh dimuat turun di “google play store” dan “apple app store” secara percuma. Bagi sesiapa yang memuat turun aplikasi ini, mereka akan menerima maklumat terkini daripada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan secara “push notification”.

     

    Secara dasarnya, platform tersebut telah diwujudkan dan akan ditambah baik dan dinaiktaraf sebagai platform pemasaran virtue bergantung kepada fungsi dan keperluan. Adalah wajar untuk Kerajaan Negeri Selangor mengenalpasti dahulu kapasiti keperluan seperti “backend platform”, sokongan teknikal, platform trafik, sistem inventori, laman produk yang dinamik, panel kawalan interaktif dan ciri-ciri keselamatan (risk and fraud) sebelum ia dinaik taraf di dalam memastikan platform tersebut sentiasa beroperasi tanpa masalah ataupun gangguan teknikal. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor juga sedang giat mempromosikan aplikasi tersebut dan apabila jumlah usahawan yang memuat turun aplikasi tersebut telah mencecah satu jumlah yang ekonomi, maka  aplikasi tersebut akan terus dinaiktaraf kepada Selangor Entrepreneurship Marketing Platform (SEP).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.