Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

19) SELANGOR FRUIT VALLEY

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah dikembangkan oleh PKPS untuk mempromosi Selangor Fruit Valley yang terpakasa ditutup pada tahun 2009?

    SFV telah dibuka untuk ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan yang bersesuaian mulai tahun 2003, fokus kepada penanaman buah belimbing sebagai pengusaha terbesar di dunia. PKPS telah membuka SFV kepada pelawat pada tahun 2006-2008. Pada tahun 2009 telah ditutup atas sebab kerugian yang tinggi dan masalah teknikal. Kajian semula telah dilaksanakan dalam tahun 2014 dan didapati SFV berpotensi untuk dibangunkan semula. Kerja-kerja baik pulih mula dijalankan dalam tahun 2015.

    Perkembangan Projek Agro Tourism di Selangor Fruit Valley (SFV) adalah seperti berikut :-

    • Kerja-kerja rehabilitasi kawasan tanaman telah siap sepenuhnya. Berikut adalah kategori tanaman di Projek Agro Tourism SFV :-
    Bil Kategori Keluasan (Hektar)
    1. Tanaman Bermusim 19
    2. Tanaman Tidak Bermusim 135
    3. Tanaman Kontan 12
    4. Projek Herba 5
    5. Semaian Sawit 10
      Jumlah 181

    Manakala kerja-kerja pembangunan Projek Agro Tourism SFV telah siap 100%. Di antaranya adalah seperti berikut :

    • Pembangunan Taman Herba
    • Pembangunan Taman Orkid
    • Pembangunan Laman Mini Herba
    • Pembangunan Taman Rusa dan Arnab
    • Pembangunan Jeti untuk aktiviti air
    • Pembangunan Rumah Kampung berdasarkan senibina rumah kampung Negeri Selangor yang mana kawasan tersebut turun dilengkapkan dengan kandang kambing dan lain-lain ternakan kampung
    • Pembangunan Infastruktur dan penambahbaikan prasarana termasuk makmal bioteknologi dan lain-lain
    • Menaik taraf kerja-kerja lanskap di pintu masuk
    • Menaik taraf jalan tanah merah kepada jalan asphalt sejauh 2.4km
    • Pembangunan projek madu kelulut yang mana ianya merangkumi aktiviti di bawah kelolaan Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS). Projek ini akan diperluaskan menjadi sebuah Kelulut Valley di mana sebuah makmal memproses madu kelulut akan diadakan.

    SFV juga berusaha menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat pelancongan dimana SFV akan menfokuskan tarikan pelancongan dari Negara Taiwan, China, Singapura dan Timur Tengah. Selain itu, promosi melalui media sosial seperti Instagram, Google, dan Facebook. Pengedaran pamphlet, bunting dan banner dipamerkan di tepi jalan berhampiran tapak SFV. Promosi juga dikembangkan dengan penglibatan dalam pameran dan pesta pertanian dan buah-buahan seperti Agrofest.

    Penambaikan akan terus dijalankan pada tahun-tahun seterusnya. Berikut adalah aktiviti pembangunan yang masih dan akan dijalankan bagi tahun 2017:-

    • Aktiviti Darat (seperti merentas desa, berbasikal, mountain biking dan lain-lain)
    • Perkampungan Penginapan (chalet dan perkhemahan)
    • Pusat Latihan / Seminar Pertanian dan R & D
    • Eco-tourism
    • Pembangunan ladang gaharu seluas 50 ekar
    • Pembangunan ladang durian seluas 400 – 500 ekar
    • Pembangunan tempat memproses makanan ikan seluas 30 ekar
    • Pembangunan kilang memproses produk hiliran (downstream) berasaskan buah-buahan

Lampiran

Tiada Lampiran.