SELANGOR FRUIT VALLEY

49) SELANGOR FRUIT VALLEY

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor Fruit Valley yang dibangunkan sebelum ini untuk mengembangkan industri pertanian dan agro-pelancongan didapati semakin kurang mendapat perhatian. Apakah status terkini Selangor Fruit Valley ?

    Selangor Fruits Valley (SFV) yang terletak di KM 7, Jalan Rawang-Bestari Jaya telah dibangunkan pada tahun 2003. Keluasan kawasan adalah lebih kurang 1,000 hektar. Daripada jumlah tersebut, seluas 180 hektar telah dipajakkan kepada dua (2) buah syarikat iaitu Kayangan Rampai Sdn. Bhd. (100 hektar) dan Eco Murni Sdn. Bhd. (80 hektar) untuk projek tanaman buah-buahan. Baki kawasan seluas 820 hektar telah diusahakan oleh anak syarikat PKPS iaitu Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn. Bhd. (SOPIC). Mulai 2 Januari 2010, PKPS telah mengambilalih semua aktiviti SFV daripada SOPIC untuk diuruskan secara langsung oleh Bahagian Perladangan PKPS.

    Sehingga kini, PKPS masih meneruskan projek penanaman buah-buahan tropika di SFV. Jenis-jenis tanaman dan keluasan kawasan yang diusahakan adalah seperti berikut:

    Bil Tanaman Keluasan Tanaman (Ha)
    1. Belimbing 81
    2. Tembikai 158
    3. Nangka 94
    4. Mangga 13
    6. Kelapa Pandan 96
    7. Limau Mexico 6
    8. Jambu Batu 3
    9. Rambutan 3
    10. Limau Kasturi 1
    11. Durian Belanda 1
    13. Betik 57
    14 Pulasan 1
    14. Jambu Air 9
    15 Tebu Telor 8
    16. Limau Nipis (Seedless) 20
    17. Nursery Sawit 12
    18. STFG 72
    19. Kolam/jalan/pejabat 55
    20. Pajakan kecil 250
    21. Papaya Hybrid 60
    Jumlah Keseluruhan 1,000

    SFV masih lagi meneruskan kegiatan pengeluaran hasil buah-buahan tropika bagi tujuan pasaran tempatan. Pihak pengurusan sedang giat berusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil ladang melalui program pemulihan yang dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.