Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

207) SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri meningkatkan hasil pengeluaran di SFV?

    Bagi mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran buah-buahan di Selangor Fruits Valley, pihak pengurusan SFV telah menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:-

    • Baik Pulih Kesuburan Tanah

    Kualiti tanah di Ladang SFV adalah kurang subur iaitu dianggarkan Kelas 3 – Kelas 4 iaitu pH rendah maka itu keasidan tanah adalah tinggi. Oleh itu, usaha untuk membaikpulih kesuburan tanah sedang giat dijalankan dengan mengurangkan kegunaan semburan bahan kimia, menabur bahan organik, tingkatkan penggunaan campuran bahan mengandungi Mycorrhiza dan menyediakan pengairan yang mencukupi.

    • Penggunaan baja dan kimia perosak tumbuhan yang bersesuaian

    Sebelum ini Ladang SFV kerap menggunakan sistem meracun rumpai secara ‘blanket’ yang mana akan menyebabkan tanah cepat menjadi kering dan keras ketika musim panas serta top soil mudah terhakis ketika hujan lebat. Kandungan top soil mengandungi kandungan baja organik semula jadi yang baik. SFV kini mengamalkan sistem meracun secara selective.

    Penggunaan mesin rumput juga dipraktiskan bagi mengekalkan kelembapan tanah dan mengelakkan hakisan ‘top soil’. SFV juga mempraktiskan penggunaan baja jenis organik bagi membantu ‘top soil formation’ seterusnya membantu tumbesaran pokok dan penambahan hasil pengeluaran.

    • Memperkemaskan lagi sistem pengairan di kawasan berteres dan lain-lain

    Tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan curah hujan yang berkurangan. Ini menjejaskan tumbuhan pokok buah dan banyak pokok muda didapati mati. Ladang SFV kini dalam proses pemasangan tangki dan paip air di kawasan berteres untuk membantu pokok-pokok buahan seperti manggis, pulasan, rambutan, kelapa dan durian. Sumber bekalan air adalah mencukupi ketika musim kemarau. Selain itu juga, sistem perparitan juga diperkemaskan.

    • Tanaman sulam

    Ladang SFV juga telah menggantikan pokok-pokok yang mati dengan tanaman baru agar tidak ada kawasan yang kosong.

    • Tanaman baru di atas tanah kosong

    Ladang SFV juga telah menanam pokok-pokok buahan di kawasan tanah kosong yang terbiar seperti tanaman Ciku (3 ekar), Kelapa Matang (25 ekar), Durian Belanda (10 ekar) dan lain-lain tanaman.

    • Program Latihan

    Ladang SFV juga melaksanakan program latihan kursus penyelenggaraan Ladang Buah-buahan kepada staff dan pekerja ladang bagi menghasilkan lebih ramai pekerja berpengetahuan dalam bidang tanaman buah-buahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.