Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

233) SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini SFV?

    Status terkini SFV adalah seperti berikut :-

    Selangor  Fruit Valley (SFV) terbahagi kepada 2  bahagian :-

    1. Kawasan Yang Diusahakan Sendiri Oleh PKPS

    Jumlah keluasan kawasan yang diusahakan oleh PKPS adalah seluas 181 hektar dengan tanaman buah-buahan (bermusim, tidak bermusim, kontan dan lain-lain)

    1. Kawasan Yang Disewakan Kepada Usahawan Tani

    Sehingga 15 Mac 2017 seramai 50 orang usahawan tani telah dipilih untuk mengusahakan tanah di SFV secara sewaan seluas 360 hektar. Kadar sewaan adalah sebanyak RM150/hektar sebulan. Buat permulaan sewaan dikecualikan selama 2-3 bulan. Jenis-jenis tanaman yang dibenarkan untuk diusaha oleh Usahawan Tani adalah tanaman kontan. Seorang usahawan madu kelulut telah dibenarkan menempatkan 100 buah sarang kelulut (hive) di kawasan kelapa pandan PKPS. Tambahan seramai 15 orang usahawan madu kelulut telah dipilih di bawah Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS). SFV berusaha untuk menjadikan ianya sebagai Kelulut Valley di Selangor apabila keluasannya meningkat dan akan disediakan makmal memproses madu kelulut.

    Manakala bagi kerja-kerja pembangunan Agro Tourism SFV sedang giat dijalankan dan telah selesai 90%. Di antaranya adalah seperti berikut:-

    (1)             Pembangunan Taman Herba

    (2)             Pembangunan Laman Mini Herba

    (3)             Pembangunan Taman Rusa dan Arnab

    (4)             Pembangunan Infrastruktur dan penambahbaikan prasarana termasuk makmal bioteknologi dan lain-lain

    (5)             Menaik taraf kerja-kerja landskap di pintu masuk

    Pra Pelancaran Agro Tourism SFV telah diadakan 24 Disember 2016. Promosi masuk percuma kepada orang awam telah diadakan semasa cuti umum Tahun Baru Cina 2017. Jumlah pengunjung adalah seramai 660 orang. Lawatan kepada orang awam juga dibuka pada cuti sekolah bermula 18-27 Mac 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.