Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

142) SELANGOR FRUIT VALLEY

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan projek agrotourism di Selangor Fruit Valley?

    SFV telah dibuka untuk ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan yang bersesuaian mulai tahun 2003, fokus kepada penanaman buah belimbing sebagai pengusaha terbesar di dunia. PKPS telah membuka SFV kepada pelawat pada tahun 2006 – 2008. Pada tahun 2009 telah ditutup atas sebab kerugian yang tinggi dan masalah teknikal. Kajian semula telah dilaksanakan dalam tahun 2014 dan didapati SFV berpotensi untuk dibangunkan semula. Kerja-kerja baik pulih mula dijalankan dalam tahun 2015

    Perkembangan projek agrotourism di Selangor Fruit Valley (SFV) adalah seperti berikut :-

    • Kerja-kerja rehabilitasi kawasan tanaman telah siap sepenuhnya. Berikut adalah kategori tanaman di Projek Agro Tourism di Selangor Fruit Valley (SFV) :-

     

    Bil Kategori Keluasan (Hektar)
    1. Tanaman Bermusim 19
    2. Tanaman Tidak Bermusim 135
    3. Tanaman Kontan 12
    4. Projek Herba 5
    5. Semaian Sawit 10
      Jumlah 181

     

    • Manakala kerja-kerja pembangunan Projek Agro Tourism SFV telah siap 90%. Di antaranya adalah seperti berikut
    • Pembangunan Taman Herba
    • Pembangunan Laman Mini Herba
    • Pembangunan Taman Rusa dan Arnab
    • Pembangunan Infrastruktur    dan    penambahbaikan   prasarana termasuk makmal bioteknologi dan lain-lain
    • Menaik taraf kerja-kerja landskap di pintu masuk
    • Menaik taraf jalan tanah merah kepada jalan asphalt sejauh 2.4 km
    • Pra Pelancaran Agro Tourism SFV telah diadakan 24 Disember 2016. Promosi masuk percuma kepada orang awam telah diadakan semasa cuti umum Tahun Baru Cina 2017. Jumlah pengunjung adalah seramai 660 orang. Lawatan kepada orang awam juga dibuka pada cuti sekolah bermula 18-27 Mac 2017. Pengunjung dikenakan bayaran promosi seperti berikut :-

     

    Bil Kategori Bayaran Seorang

    (RM)

    1. Dewasa 7.00
    2. Kanak-kanak 4.00
    3. Warga Emas/OKU 4.00

     

    Projek Agro Tourism SFV ini dijangka akan dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor dalam masa

Lampiran

Tiada Lampiran.