SELANGOR FRUITS VALLEY
17) SELANGOR FRUITS VALLEY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini berhubung projek Selangor Fruits Valley di Batang Berjuntai terutamanya yang melibatkan penanaman belimbing.
Selangor Fruits Valley mempunyai dua komponen utama iaitu tanaman buah-buahan
tropika di Selangor Fruits Valley dan Selangor Tropical Fruit Garden bagi sektor agro
pelancongan. PKPS merancang untuk menukarkan jenis tanaman di Selangor Fruits
Valley daripada tanaman buah-buahan tropika kepada tanaman kelapa sawit. Manakala
projek di Selangor Tropical Fruit Garden dikekalkan.
Perancangan penanaman kelapa sawit di kawasan Selangor Fruits Valley dibuat
berdasarkan kepada kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 4 Julai
2007. PKPS yakin dengan kemampuan serta mempunyai kepakaran dalam sektor
perladangan kelapa sawit di samping mempunyai pasaran yang sedia ada serta
terbukti lebih menguntungkan. Ini juga selaras dengan saranan oleh Jemaah Ahli PKPS
yang menetapkan hala tuju baru PKPS dengan memberi fokus kepada perladangan
kelapa sawit. PKPS akan mengekalkan seluas 200 hektar kawasan tersebut untuk
penanaman buah-buahan.
