Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

120) Selangor Fruits Valley

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila beri huraian terhadap prestasi kewangan Selangor Fruits Valley dengan penekanan diberi kepada perancangan produk-produk pelancongan pada masa depan serta strategi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke SFV.

    Prestasi kewangan Selangor Fruit Valley (SFV) bagi tahun berakhir Jan-Ogos 2020 mencatatkan pendapatan sebanyak RM 1,275,118.00. Keuntungan bagi tahun berakhir Jan – Ogos 2020 sebanyak RM 209,600 meningkat 18 % berbanding Jan – Ogos 2019 iaitu sebanyak RM 176,705.

    Perancangan produk-produk pelancongan pada masa depan adalah seperti berikut :

    i. Mempelbagaikan tanaman buah-buahan tempatan dan luar negara seperti anggur dan golden melon;
    ii. Mempelbagaikan jenis ternakan seperti ayam kampong dan itik telur;
    iii. Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti bagi menarik golongan belia (ATV, Flying Fox, Nature Run & Cycling, dan lain-lain); dan
    iv. Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti keluarga seperti Jom Makan Buah-Buahan, pertandingan masak dan kayak.

    Pengurusan SFV telah menyenaraikan beberapa strategi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke SFV pada tahun 2021 seperti berikut :

    i. Menggiatkan promosi di media social dan media massa;
    ii. Kerjasama strategic secara fizikal dengan Tourism Selangor dan agensi kerajaan yang lain, serta kerjasama secara atas talian (Booking.com, MATTA Fair);
    iii. Penambahbaikan infrastruktur untuk keselesaan serta penambahan tram untuk mengelakkan masa menunggu; dan
    iv. Mempelbagaikan tawaran pakej lawatan untuk beberapa golongan sasar iaitu golongan korporat, pelajar dan keluarga.

Lampiran

Tiada Lampiran.