Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

136) SELANGOR HOMEMAKER PROGRAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah program tersebut dapat membantu golongan wanita profesional?

    Agenda Pembangunan Wanita Selangor merangkumi segala aspek. Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan wanita di Selangor terbukti apabila Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan Program Selangor Homemaker dalam Pembentangan Belanjawan 2016. Program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada wanita profesional untuk memohon waktu bekerja secara anjal atau bekerja dari rumah supaya bakat dan sumber daya wanita tidak wajar disia-siakan. Selain itu, bagi membolehkan golongan wanita profesional mengimbangi keperluan kerjaya dan kebahagiaan keluarga. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi melaksanakan dan menjayakan program tersebut dan memerlukan penelitian lanjut lagi untuk dilaksanakan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.