Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

126) SELANGOR INFORMATION TECHNOLOGY DAN E-COMMERCE CENTRE (SITEC)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kejayaan SITEC dalam membantu golongan muda dalam IKS?

    SITEC telah menganjurkan sebanyak 24 Kelas E-Dagang, 3 Persidangan Antarabangsa mengenai E-Dagang, 2 Bootcamp Startup, melatih 200 peniaga IKS dalam E-dagang dan melancarkan 220 Applikasi Telefon sejak penubuhannya 16 bulan lalu pada Jun 2016. Dalam pada itu, pusat Incubator iaitu Selangor Digital Creative Centre (SDCC) telah menyediakan ruang pertemuan untuk para peniaga, ruang co-working serta pengumpulan jumlah pengunjung iaitu lebih daripada 6,000 orang Pengusaha IKS dan dianggarkan 80% daripada mereka adalah terdiri daripada golongan

    Salah satu contoh kejayaan SITEC adalah mengadakan Anugerah Peniaga E- Dagang Terbilang Malaysia (Top E-Commerce Award Malaysia) yang telah dianjurkan  bersama  oleh  SITEC  dan  Mdec.  Anugerah   ini   telah   mencungkil sebanyak 70 Penjual E-Commerce yang layak menyertai pertandingan/anugerah ini dimana hampir kesemua adalah merupakan pengusaha IKS dari seluruh Malaysia dan Selangor khususnya.

    Dalam pada itu, SITEC juga telah memberikan pengetahuan dalam bidang E- dagang melalui kelas-kelas, mempraktikkan E-Dagang dalam program Online- 100 dan Apps-100 yang membekalkan Apps dan memasarkan perniagaan di 4 Market Place utama iaitui Lazada, 11th Street, Logon dan Youbeli. Mereka juga boleh menyertai peluang memperluaskan hubungan perdagangan mereka melalui sidang-sidang E-dagang yang dianjurkan oleh SITEC.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.