Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

83) SELANGOR INTERNATIONAL EXPO TAHUN 2015

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan yang berjaya dicapai melalui ekspo ini.

    Selangor International Expo (SIE) diadakan bertujuan untuk mempromosikan Selangor sebagai Hub perdagangan global. Selain itu, ianya menjadi platform bagi syarikat-syarikat tempatan dan asing (multinational) dan perusahaan sederhana dan kecil untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta memberikan peluang kepada mereka untuk menarik pelabur yang berpotensi untuk bekerjasama. SIE berfungsi sebagai saluran pemasaran, kolaborasi dan kerjasama dengan organisasi lain sama ada dalam dan luar Negara iaitu pengusaha industri, usahawan dan pelabur.

    SIE 2015 yang telah diadakan berjaya menarik minat syarikat tempatan dan asing dengan 400 gerai pameran. Dari jumlah ini sebanyak 218 adalah daripada syarikat tempatan dan sebanyak 182 daripada syarikat asing yang terdiri daripada syarikat dari Taiwan, Thailand, China, Vietnam dan United Kingdom.

     

    Pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari ini berjaya menarik seramai 4,315 pengunjung yang terdiri daripada 1,906 pelawat untuk tujuan perniagaan, 2,367 orang awam dan 43 daripada syarikat asing. Pameran ini berjaya mewujudkan transaksi perdagangan dengan anggaran nilai sebanyak RM50 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.