Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

64) SELANGOR JOB FAIR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran Kerajaan untuk Program Selangor Job Fair 2020?

    Sasaran Kerajaan Negeri untuk Program Job Fair tahun 2019 adalah untuk menurunkan kadar pengangguran kepada 2.5%.

     

    Untuk makluman, kadar pengganguran di Negeri Selangor telah menurun seperti berikut:

     

    Tahun Kadar pengangguran (15 hingga 64 tahun) %
    2017 3.0%
    2018 3.2%
    Suku tahun keempat 2019 2.4%

    Sumber: Survei Tenaga Buruh, 2017 hingga 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia

     

    Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program – program yang menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat Selangor.

     

    Oleh demikian, sasaran Kerajaan Negeri untuk Program Selangor Job Fair pada tahun 2020 adalah untuk menurunkan sebanyak mungkin peratusan kadar  pengangguran negeri dengan lebih memberi fokus kepada perkara berikut :

     

    1. menghimpunkan syarikat – syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan lebih-lebih lagi syarikat yang menawarkan pekerjaan berasaskan ‘Gig ekonomi’. Melalui program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang diperkenalkan pada sidang Belanjawan #Selangor 2020 oleh YAB Dato’ Menteri Besar, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat ‘e-hailing’ seperti GRAB, Food Panda atau DEGO yang bakal memberi peluang pekerjaan di dalam ‘gig ekonomi’ kepada hampir 3,000 anak muda di seluruh Selangor terutama golongan yang berkelayakan. Di samping itu program ini dapat membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja khususnya di tahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan di kalangan warga tempatan;
    2. melaksana dan merancang beberapa siri program Selangor Job Fair dalam bentuk skala besar iaitu Selangor Mega Job Fair dan pelaksanaan Jelajah Karnival Kerjaya Selangor di Peringkat daerah atau DUN yang dikenal pasti; dan

    iii.        pihak kerajaan akan mengadakan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Tenaga Kerja dan PERKESO untuk melaksanakan program – program bagi memastikan kadar penganguran dapat kurangkan lagi dan kebolehpasaran belia atau graduan dapat dipertingkatkan.

     

    Selain itu, kerajaan Negeri sentiasa berusaha dan merancang untuk menyediakan program yang relevan bagi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dalam menempuh cabaran menghadapi revolusi industri 4.0.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.