Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

201) SELANGOR KE ARAH BEBAS HALANGAN OKU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 39, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri komited terhadap pelaksanaan program Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU. Untuk itu, semua PBT di negeri Selangor adalah dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan kepada OKU...Ó. Apakah sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program ini di peringkat PBT?

    Sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program
    Bebas Halangan OKU di PBT boleh dilihat dari segi penambahan dan penyediaan
    kemudahan golongan (orang kurang upaya) OKU untuk pembangunan sedia ada
    (existing) dan baru (future) serta tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan
    meletakkan kereta di petak OKU yang dilaksanakan oleh PBT. Kerajaan Negeri telah
    mensyaratkan setiap bangunan kerajaan sedia ada perlu menaik taraf kemudahan untuk
    OKU seperti tandas, TLK dan sebagainya serta menyediakan kaunter khas lengkap
    dengan pegawai bertugas untuk menyenangkan golongan OKU berurusan di kaunter.
    Manakala bagi bangunan swasta, notis (arahan) kepada pemilik bangunan akan
    dikeluarkan seperti pasar raya dan kawasan komersil agar menyediakan kemudahan
    asas seperti tandas, TLK, ramp dan laluan pejalan kaki bertanda bagi kemudahan
    golongan ini.
    Bagi pembangunan baru, Pihak PBT perlu mengesyorkan kepada pemaju atau
    pemohon untuk menyediakan kemudahan golongan OKU di bangunan-bangunan
    swasta/ komersial dan awam dalam syarat pemberian kelulusan di peringkat pelan
    kebenaran merancang (Jabatan Perancang) dan pelan bangunan (Jabatan Bangunan).
    Pemantauan akan dibuat di peringkat CFO (Certificate of Fitness) atau CCC (Certificate
    of Completion and Compliance).

Lampiran

Tiada Lampiran.