Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

140) SELANGOR LULUS MANSUH ISA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor merupakan kerajaan negeri pertama di Malaysia yang membawa, membahas dan seterusnya meluluskan usul agar akta zalim ISA dimansuhkan. Langkah ini sekali gus meningkatkan usaha menentang akta zalim ISA daripada hanya dilakukan oleh NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kepada satu usaha yang dimainkan oleh sebuah kerajaan negeri. Ekoran daripada pencapaian ini. Apakah program-program khas yang diluluskan sehingga kini oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor dalam meningkatkan lagi kempen menentang akta zalim ISA terutama programprogram penerangan serta pendidikan kepada rakyat khususnya yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di bawah akta zalim ISA?

    Setakat ini perlaksanaan program-program menentang ISA secara khusus oleh Kerajaan Negeri masih lagi diperingkat perancangan.  Kerajaan Negeri akan terus berbincang dengan “CoalItion Of Good Governance” (CGG) memandangkan Gerakan Mansuh ISA (GMI) adalah salah satu anggota CGG.

    Tetapi Kerajaan Negeri sudah pun menaja perjalanan keluarga tahanan ISA ke Kamunting sekali sebulan di samping membantu persekolahan anak-anak tahanan ISA.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.