Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

286) SELANGOR MARITIME GATEWAY

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi Landasan Lumayan Sdn Bhd dalam membantu membersihkan Sungai Klang sehingga sekarang?

    Pelaksanaan projek Selangor Maritime Gateway (SMG) yang diterajui oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) telah secara rasminya bermula semenjak 1 June 2018 dan sedang di dalam fasa pertama bermula pada tahun 2018 hingga 2022 bermula dengan pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang.

    Bagi kerja-kerja pembersihan, ianya telahpun dimulakan pada Februari 2016 dan sehingga kini, sejumlah 60,000 tan sampah telah berjaya dikeluarkan daripada Sungai Klang.  7 buah logboom telah siap dipasang disepanjang 56km jajaran Sungai Klang bermula di Kawasan MBPJ sehinggalah di kawasan MPK. Selain daripada itu, sebanyak 2unit sensor telah dipasang di sepanjang Sungai Klang bagi tujuan pemantauan kualiti air.

    Hasil daripada usaha pembersihan di atas, rekod statistik menunjukkan bahawa purata kutipan sampah telah menurun sebanyak 35%, daripada purata kutipan 1,400 tan sebulan yang dicatatkan pada tahun 2016 & 2017 kepada 900 tan sebulan pada masa kini. Berdasarkan kepada data yang direkodkan oleh sensor yang dipasang, tahap kualiti air di Sungai Klang juga telah menunjukkan peningkatan daripada kelas V (tercemar teruk) kepada kelas III secara puratanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.