Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

45) SELANGOR ORKED FESYEN FESTIVAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos keseluruhan perbelanjaan kewangan bagi menjayakan Selangor Orked Fesyen Festival? Sila nyatakan perincian perbelanjaan

    Program Selangor Orked Fashion Festival (SOFF) adalah merupakan program anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga yang pertama kali diadakan pada tahun 2015 di Shah Alam Selangor. Pelaksanaannya telah diluluskan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor ke 16/2015 yang diadakan pada 13 Mei 2015 yang telah disahkan oleh MMKN Selangor ke 17/2015 pada 20 Mei 2015.

    Penganjuran SOFF2015 ini bertujuan untuk memartabatkan Bandaraya Shah Alam sebagai Kota Seni dengan menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam industri seni fesyen dengan menonjolkan barisan pereka fesyen tempatan untuk mempromosikan rekaan-rekaan fesyen Selangor dan sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang berkarya kepada para pereka fesyen tempatan tersebut.

    Program yang telah dijalankan selama 3 hari bermula dari 29 hingga 31 Mei 2015 yang lalu bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam ini telah memberi ruang dan peluang kepada para pelajar yang menceburi bidang industri rekaan fesyen untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka dalam pertandingan reka fesyen ini.

    Penganjuran program ini juga turut membantu dalam menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam industri fesyen di Selangor untuk membantu golongan usahawan wanita menjana pendapatan dan membentuk jaringan perniagaan di kalangan para usahawan dalam industri fesyen di samping meluaskan pasaran.

    Sebanyak RM297,400.00 telah diperuntukkan bagi penganjuran program SOFF 2015 ini dengan perincian perbelanjaan seperti berikut :

     

    Bil Perkara Jumlah (RM)
    1 Pakej program SOFF di SACC 129,108.00
    2 Persiapan pentas 48,800.00
    3 Promosi dan pengiklanan 9,825.00
    4 Sewaan booth pameran 9,950.00
    5 Hadiah dan cenderamata 39,000.00
    Jumlah Keseluruhan (RM) 236,683.00

Lampiran

Tiada Lampiran.