Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

105) SELANGOR SMART CITY

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan Selangor Smart City yang telah dilancarkan sejak Disember 2016?

    Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif Smart Selangor selama 44 bulan, pencapaian SSDU sehingga Oktober 2019 adalah sebanyak 26% daripada sasaran keseluruhan inisiatif sehingga tahun 2025. Berikut adalah inisiatif-inisiatif yang telah dilaksana:

    1. Sistem Pengurusan Pelaporan Jalan Berlubang (iRS) untuk seluruh Negeri Selangor
    2. Smart Selangor Parking (SSP) untuk sembilan (9) PBT
    3. Selangor Intelligent Transport System (SITS) untuk bas percuma Smart Selangor di seluruh Negeri Selangor
    4. Smart Selangor Bus Stop sebanyak 12 unit
    5. Smart Selangor Command Centre (SSCC) untuk operasi pemantauan oleh Unit Pengurusan Bencana (UPB) Negeri Selangor
    6. Communities OnLine (COOL) untuk seluruh Negeri Selangor
    7. Citizen Electronic Payment (CEPat) untuk tiga (3) PBT
    8. Sistem Pengurusan Pelaporan Bencana (iDRS) untuk seluruh Negeri Selangor
    9. Sistem Pelaporan Kerosakan Lampu Isyarat (TalMap) untuk seluruh Negeri Selangor

    Di samping itu, SSDU turut menerima beberapa pengiktirafan daripada dalam dan luar negara dalam tempoh masa tersebut. Antara yang utama adalah :

    1. November 2017: Pengiktirafan untuk Outstanding Dedication & Commitment for Smart City @ Sepang and Low Carbon City Inititiative daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
    2. Mac 2018: Pengiktirafan untuk Global Organization Smart Alliance at Global Organisation Smart Cities, Taipei oleh Smart Cities Alliance Taipei
    3. April 2018: Pelantikan sebagai Economic Developmental Organisation (EDO) yang pertama di Asia oleh Amazon Web Services (AWS)
    4. April 2019 – Pelantikan sebagai Subject Matter Expert (SME) oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membangunkan Smart City Framework di peringkat Kebangsaan
    5. Oktober 2019 – Pengiktirafan untuk 2019 Emerging Southeast Asia Smart City Governance Agency of the Year Award oleh Frost & Sullivan

    Di samping itu, 5 Copyright aplikasi mobile dan 1 Copyright rekabentuk Smart Bus Stop turut diperolehi oleh SSDU.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.