Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

119) SELANGOR SMART CITY

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan Selangor Smart City yang telah dilancarkan sejak Disember 2016?

    Sejak Disember 2016, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telah memberi tumpuan terhadap pembangunan Blueprint Smart Selangor dan ini disusuli dengan pembinaan lapisan digital yang merupakan perkara asas kepada pembangunan Smart City ataupun Smart State. Lapisan digital yang dibangunkan ini mempunyai empat (4) peringkat (rujuk pada jadual di bawah) dan di setiap peringkat ini SSDU telah menjalankan pelbagai inisiatif sama ada bertaraf rintis ataupun secara meluas:

     

    Bil. Peringkat Inisiatif Yang Telah/Sedang Dilaksana
    1. Peringkat aplikasi:

    Fokus utama sehingga kini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam Kerajaan Negeri kepada rakyat

    1.    Intelligent Response Selangor (IRS)

    2.    Selangor Intelligent Transport System (SITS)

    3.    Smart Selangor Parking (SSP)

    4.    Citizen e-Payment (CePAT)

    5.    Communities On-Line (COOL)

    6.    iClean

    7.    Intelligent Disaster Response System

    2. Lapisan platform:

    Pengurusan data dan analisa data raya

     

    1.    Smart Selangor Command Centre

    2.    Dashboard pemantauan

    3.    Data warehousing

    4.    Analisa data imej CCTV

    5.    Analisa data trafik

    6.    Analisa sentimen rakyat

    3. Lapisan connectivity 1.    Selangor Wide Area Network (SWAN)

    2.    Wi-Fi Smart Selagor

    3.    Jaringan Internet of Things (IOT)

    4. Lapisan peranti (sensor)

     

    1.    Peranti kualiti udara

    2.    Peranti kualiti air sungai

    3.    Peranti di bas-bas Smart Selangor bagi memantau prestasi pemandu

    4.    CCTV pemantauan aliran trafik

Lampiran

Tiada Lampiran.