Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

13) SELENGGARA KEMUDAHAN BERSAMA PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah peruntukkan yang diluluskan untuk membiaya kos selenggara kemudahan awam di pangsapuri kos rendah?

    Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan bantuan berbentuk baikpulih harta bersama bagi pangsapuri kos rendah. Ia dikenali sebagai Skim CERIA yang mana peruntukan disalurkan melalui Penubuhan Tabung Amanah berjumlah RM25 juta. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga membantu pangsapuri kos rendah untuk urusan pembaikan jalan untuk Fasa I mulai Januari – Jun 2016 telah dikenalpasti 34 projek yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di LAMPIRAN A. Kos yang terlibat adalah sebanyak RM10,684,801.00. Sementara Fasa II pula akan bermula bulan Ogos – Disember 2016. Tugas menyenggara harta bersama sesebuah pangsapuri adalah terletak di bawah tanggungjawab Pengurusan Bangunan sepertimana yang termaktub di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

Lampiran

Tiada Lampiran.