Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

11) SEMESTA BERI KEBENARAN UNTUK KONTRAKTOR PEMBERSIHAN PASIR LONGKANG KONGKRIT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan kontraktor pembersih pasir di longkang-longkang monsun dapat melakukan pelupusan pasir yang telah dikorek dan dilonggokkan supaya mengelakkan masalah banjir kilat dari berlaku?

    Kontraktor pembersihan longkang-longkang monsun yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran atau pihak berkuasa yang lain boleh melupuskan pasir yang dikorek dengan mendapatkan doket pemindahan pasir dari KSSB. Permohonan boleh dibuat kepada KSSB dengan menyertakan salinan surat lantikan dari JPS atau pihak berkuasa yang berkaitan.

    Tatacara ini telah digunapakai untuk kerja-kerja tebatan banjir yang dilaksanakan oleh JPS di mana kontraktor lantikan JPS dibenarkan untuk memindahkan dan menjual pasir setelah mendapat doket dari KSSB.

Lampiran

Tiada Lampiran.