Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

317) SENARAI HITAM KONTRAKTOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jelaskan sistem menyenarai hitam kontraktor yang bermasalah bagi semua jabatan negeri masing-masing

    Tiada sistem menyenarai hitam kontraktor bermasalah bagi semua jabatan negeri. Perbendaharaan Negeri Selangor mengambil pendekatan di mana kesemua ketidakpatuhan dalam perolehan kerajaan seperti berikut:-

     

    • Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang melibatkan kontraktor bermasalah perlu merujuk PK8 Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan yang menerangkan mengenai tindakan tatatertib yang akan dikenakan ke atas individu, syarikat, firma perunding dan pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat dan firma

     

    • Perolehan Kerja yang melibatkan kontraktor bermasalah perlu merujuk kepada CIDB dan PKK yang mana kontraktor tersebut akan diambil tindakan tatatertib mengikut peraturan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.