Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

123) SENARAI HITAM KONTRAKTOR GAGAL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang menyenarai hitam nama pemilik syarikat (selain syarikat) bagi kontraktor bermasalah dan gagal memenuhi kerja-kerja selepas dilantik oleh PBT?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri hanya menyenarai hitam lesen syarikat atau kontraktor yang bermasalah atau gagal memenuhi kerja-kerja selepas dilantik berdasarkan Pekeliling PerbendaharaanPK8- Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan perkara 1(b) – Kesalahan kerana melanggar syarat tender/ kontrak, kontraktor boleh disenaraihitamkan apabila berlakunya ketidakpatuhan seperti berikut:

    • PemalsuanMaklumat/Dokumen;
    • Menarikdiri;
    • Menolaktawaran;
    • Pakatanharga;
    • Sub-kontrak atau assignment;
    • Gagalmengekalkan taraf Bumiputera sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa; dan
    • Gagalmematuhi obligasi kontrak/ Pesanan Kerajaan

    Agensi hendaklah terlebih dahulu mengambil tindakan ke atas syarikat/firma perunding berkenaan mengikut terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan dalam perjanjian kontrak dan gagal memenuhi obligasinya. Aduan hanya boleh dikemuka kepada Kementerian Kewangan selepas agensi mengambil tindakan berdasarkan perjanjian kontrak. Setiap agensi bertanggungjawab untuk segera melaporkan kepada Kementerian Kewangan mengenai syarikat/ firma perunding yang melanggar syarat-syarat kontrak bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Lampiran

Tiada Lampiran.