Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

166) SENARAI HITAM KONTRAKTOR GAGAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Oleh kerana pemilik syarikat yang disenarai hitam boleh menggunakan syarikat lain selepas syarikatnya disenarai hitamkan, adakah kerajaan bercadang menyenarai hitam nama pemilik syarikat (selain syarikat) bagi kontraktor bermasalah dan gagal memenuhi kerja-kerja selepas dilantik oleh PBT?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya menyenarai hitam nama syarikat yang bermasalah/gagal sahaja serta mengambil tindakan berdasarkan kontrak perjanjian. Menyenarai hitam nama pemilik syarikat adalah diluar bidang serta kemampuan PBT kerana peraturan dan perundangan yang berkuatkuasa perlu dipatuhi berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan, PK8 iaitu perkara 2 Jenis-Jenis Tindakan/ Tatatertib.

Lampiran

Tiada Lampiran.