Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

90) SENARAI KUNCI AIR JPS DI KUALA LANGAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan, kedudukan, sejarah pemasangan serta jenis atau model kunci air JPS di seluruh Daerah Kuala Langat serta kos yang dibelanjakan untuk menyelenggara kelengkapan ini.

    Terdapat sejumlah 18 pintu air di daerah Kuala Langat. Daripada jumlah tersebut, 13 pintu air beroperasi secara manual sepenuhnya manakala 5 pintu air mempunyai keupayaan dwifungsi iaitu secara manual dan juga automatik. Keperluan penyelenggaraan tahunan iaitu bagi pintu air manual dianggarkan RM20,000/ unit bagi manakala pintu air automatik dianggarkan RM50,000/ unit. Kerja penyelenggaraan merangkumi pembaikan sistem elektrikal dan hidraulik, pembaikan ‘flap gate’ dan pintu kawalan utama, pembersihan inlet dan outlet, pembaikan struktur ‘outfall’, pembaikan infrastruktur dan sebagainya. Perincian lokasi dan jenis pintu air adalah seperti di bawah:

Lampiran

Tiada Lampiran.