Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

30) SENARAI PROJEK USAHASAMA DENGAN LEBAR DAUN SDN. BHD.

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek-projek pembangunan secara usaha sama antara syarikat lebar Daun Sdn. Bhd. dengan kerajaan negeri Selangor?

    1. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam perkara usaha sama antara Lebar Daun Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Selangor. Projek yang terlibat dengan usaha sama tersebut adalah seperti berikut:-

     

    1. Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

     

    Terdapat satu (1) projek usaha sama Kerajaan Negeri dengan Syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. di Bukit Cherakah seluas 273 ekar Daerah  Petaling, Selangor Darul Ehsan.

     

    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

     

    Terdapat dua (2) buah projek usaha sama di antara PNSB dan Lebar Daun Sdn. Bhd. seperti berikut:-

     

    1. Cadangan membina dan menyiapkan Pusat Membeli Belah, Pejabat dan Kediaman Di Atas Tanah Milik PNSB Seluas 3.475 ekar di Precint 2.9, Seksyen 14, Bandar Shah Alam;

     

    1. Cadangan pembangunan di atas tanah milik PNSB seluas 96.19 ekar di Taman Botani, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling;

     

    1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad

     

    Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menandatangani Perjanjian usaha sama dengan Lebar Daun Development Sdn Bhd pada 24 Mac 2003. Walau bagaimanapun, berikutan daripada kegagalan pihak Lebar Daun memenuhi syarat-syarat dan obligasinya seperti yang termaktub di dalam perjanjian, perjanjian usaha sama tersebut telah pun ditamatkan pada 25 Mac 2010. Sehubungan dengan itu, tiada lagi sebarang hubungan  yang  mengikat kedua- dua pihak. Pulangannya dalam bentuk in-kind iaitu ruang pejabat berkeluasan 85,000 kaki persegi yang dianggarkan bernilai RM27,600,000.00.

     

     

     

     

    1. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

     

    Tiada projek dan keuntungan melalui projek usaha sama dengan Lebar Daun Sdn. Bhd.

     

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

     

    Pada 3 April 2002 satu perjanjian penswastaan telah ditandatangani di antara PKNS dan Lebar Daun Development Sdn Bhd bagi memajukan tanah seluas 150 ekar di atas Lot PT 445, Seksyen 13 Shah Alam. Tempoh pembangunan yang ditetapkan adalah selama 9 tahun bermula 3 April 2002 sehingga 2 April 2011. Cadangan pembangunan yang dimajukan adalah perumahan dan komersial.

Lampiran

Tiada Lampiran.