Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

79) SENARAI RUMAH SELANGORKU DAN RUMAH MAMPU MILIK DI DALAM KAWASAN DUN BALAKONG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah projek Rumah Selangorku dan rumah mampu milik yang telah, sedang dan akan dibina di kawasan DUN Balakong?

    Untuk makluman Yang Berhormat, data Rumah Selangorku adalah direkodkan mengikut mukim dan bukan mengikut kawasan DUN. Oleh yang demikian, perincian data Rumah Selangorku di kawasan DUN Balakong direkodkan mengikut Mukim Kajang dan Mukim Cheras. Sehingga 29 Februari 2020, jumlah Rumah Selangorku yang telah siap, sedang dibina dan dalam perancangan di kedua-dua mukim tersebut adalah sebanyak 29 projek melibatkan 8,066 unit rumah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 projek melibatkan 1,180 unit telah disiapkan, 5 projek melibatkan 917 unit sedang dalam pembinaan dan 18 projek melibatkan 5,969 unit masih dalam perancangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.