Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

78) SENARAI SYARIKAT YANG MENGIKUTI SELANGOR ACCELERATOR PROGRAM (SAP)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Namakan 60 syarikat yang telah mengikuti Selangor Accelerator Program (SAP) dan apakah perkembangan terkini mereka?

    Selangor Accelerator Programme (SAP) adalah program pemecut terunggul (top-tier accelerator) dicipta sejak tahun 2018.

    Program tahunan tersebut bertujuan untuk membangunkan 30 syarikat startup yang berpotensi tinggi setiap tahun dengan persediaan program latihan intensif sepanjang 4 bulan.

    Melalui pembimbing termahsyur industri, syarikat berkelayakan akan menerima latihan pitching, kebolehan pemasaran produk, undang-undang, pembiayaan kewangan dan analysis data.

    Ini adalah peluang keemasan untuk syarikat startup dalam mempertingkatkan kemahiran dan menerima maklum balas yang membina dari pakar industri, pelatih profesional, rakan-rakan industri dan sebagainya.

    Setakat Oktober 2020, 29 syarikat startups berjaya melangkah kepada peringkat Pre-Seed serta Seed. Malah satu syarikat tersenarai dalam Series A.

    Pecahan penerimaan pelaburan adalah seperti berikut:

    Dalam pecahan tersebut, 19 syarikat startups menerima satu jenis pelaburan, 7 syarikat startups menerima dua jenis pelaburan dan 3 syarikat startups menerima tiga jenis pelaburan.

Lampiran

Tiada Lampiran.