Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

2) SENARAIKAN BINAAN TOKONG DAN KUIL DUN MERU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tokong dan kuil yang telah daftar di bawah exco hal ehwal bukan islam.

    1. Pihak Persatuan Keagamaan yang menguruskan perkara berkaitan Tokong dan Kuil di Negeri Selangor tidak berdaftar di bawah Exco Hal Ehwal Selain Islam. Walaubagaimanapun, pihak persatuan keagamaan perlu mendaftarkan pertubuhan masing-masing di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

    Sehingga tahun 2013, bilangan keseluruhan Rumah Ibadat Bukan Islam yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak 328 buah. Dari jumlah tersebut, Tokong mencatatkan bilangan tertinggi dengan 156 buah diikuti dengan Kuil dengan sejumlah 137 buah manakala gereja sebanyak 31 buah dan Gudwara sebanyak 4 buah.

     

    BIL. NAMA RUMAH IBADAT JUMLAH RUMAH IBADAT
    1. TOKONG 156
    2. KUIL 137
    3. GEREJA 31
    4. GUDWARA 4
    JUMLAH 328

     

Lampiran

Tiada Lampiran.