Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

284) Serahan Kolam Takungan Oleh Pemaju Kepada JPS

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu kolam-kolam takungan di kawasan perumahan yang masih belum diserahkan oleh pemaju kepada JPS?

    Kerajaan negeri melalui JPS akan mengambil tindakan untuk mewartakan semua kolam-kolam takungan banjir. Bilangan kolam takungan yang memerlukan tindakan pewartaan di bawah Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak 547 buah kolam :

    Perancangan bagi keutamaan pewartaan kolam takungan adalah seperti berikut:

    • Kolam takungan JPS dan PBT – 296 buah. 62 permohonan pewartaan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah.
    • Kolam takungan Pemaju – 247 buah. Hanya akan diwartakan selepas keseluruhan pembangunan siap sepenuhnya.
    • PEMAJU bertanggungjawab ke atas penyenggaraan kolam takungan yang masih belum di serah supaya tiada isu pencerobohan bagi penyelenggaraan ke atas kolam pihak PEMAJU

     

    Pendekatan yang diambil oleh pihak JPS dalam memastikan kolam takungan di kawasan perumahan diserahkan oleh pihak pemaju ialah seperti berikut:

     

    i. Bagi Pembangunan yang sedang berjalan dan pembangunan yang baru

    1. Mensyaratkan supaya pemaju mengemukakan As-Built, Pelan Pra-Hitungan dan borang 12B KTN dikemukakan kepada pihak JPS sebelum ulasan CCC boleh dikeluarkan.
    2. Memastikan kesemua kolam takungan dibina mengikut spesifikasi dengan rekabentuk yang telah diluluskan sebelum penyerahan boleh dibuat.
    3. Jabatan akan membuat permohonan pewartaan bagi semua kolam takungan yang telah diserahkan oleh pihak Pemaju.

     

    ii. Bagi Pembangunan lama yang telah siap tetapi masih belum selesai proses penyerahan kolam takungan

    1. Membuat semakan ke atas rekod-rekod Jabatan bagi Pelan As-Built untuk kolam takungan yang terlibat.
    2. Melaksanakan kerja ukur bagi penyediaan Pelan Pra-Hitungan ke atas kolam takungan  yang terlibat
    3. Mengemukakan permohonan pewartaan ke Pejabat Tanah dan Daerah.

     


    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Kolam-kolam takungan banjir/OSD yang dinaiktaraf oleh pemaju atau JMB sebagai kolam rekreasi TIDAK akan diterima oleh JPS kerana struktur kolam tersebut telah diubahsuai dan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan kolam. Pihak JPS juga dihalang, dituntut dan dikenakan tindakan Undang-undang bagi kerosakan struktur-struktur rekreasi kolam tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.