Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

79) SERBUAN UNIT INTEGRITI OLEH SUK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak serbuan yang dijalankan oleh Unit Integriti Setiausaha Kerajaan dalam mengurangkan budaya lepak semasa bekerja pada tahun 2015 sehingga sekarang dan nyatakan bilangan staf yang dikenakan tindakan disiplin?

    Sepanjang Januari sehingga Julai 2015, sebanyak empat (4) operasi pemantauan waktu bekerja telah dilaksanakan oleh Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di premis-premis makanan, pusat snooker dan juga pusat membeli belah. Hasil daripada operasi pemantauan yang dilaksanakan, seramai 26 orang telah didapati gagal mematuhi arahan waktu bekerja yang ditetapkan. Berikut adalah butiran terperinci berhubung kesalahan yang dilakukan semasa waktu pejabat dan tindakan yang diambil oleh Ketua Jabatan masing-masing.

    Bil. Bilangan Operasi Bilangan Pelaku Kesalahan Dilakukan Semasa Waktu Pejabat Tindakan
    1. Bil. 1/2015 12 Makan/minum di premis makanan Teguran bertulis
    2. Bil. 2/2015 6
    3. Bil. 3/2015 3 Tatatertib
    3 Bermain Snooker
      Bil. 4/2015 2 Membeli belah
    Jumlah 26    

    Oleh yang demikian, bilangan kakitangan yang dikenakan tindakan tatatertib bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan semasa waktu pejabat adalah seramai 8 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.