Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

264) SERBUAN UNIT INTEGRITI OLEH SUK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana keberkesanan serbuan Unit Integriti oleh Setiausaha Kerajaan dalam mengurangkan budaya lepak semasa bekerja dapat diukur?

    Pelaksanaan operasi pemantauan terhadap pematuhan arahan waktu minum pagi terhadap semua kakitangan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dilaksanakan sebagai satu langkah untuk memastikan warga kerja tidak keluar untuk minum pada waktu bekerja. Ini merupakan langkah kedua yang diambil dalam usaha untuk menerapkan amalan budaya kerja berdisiplin, di mana langkah pertama yang dilaksanakan adalah dengan mengeluarkan poster dan pemakluman melalui e-mel mengenai larangan minum pagi semasa waktu bekerja. Susulan operasi pemantauan pertama yang telah dibuat pada 9 Februari 2015 di kantin Bangunan SSAAS, didapati bahawa terdapat pengurangan yang amat ketara dalam bilangan kakitangan yang keluar untuk minum pagi pada waktu bekerja. Dapatan ini diperoleh hasil daripada observation atau tinjauan rambang Unit Integriti dan juga maklum balas yang diterima daripada warga kerja serta pengusaha kantin sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.