Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

12) SETINGGAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan setinggan dan keluarga yang masih terdapat di Selangor ketika ini?

    Berdasarkan laporan bancian yang dibuat oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga 18 Mac 2011 masih terdapat seramai 3,299 keluarga setinggan di Negeri Selangor yang belum dipindahkan ke penempatan baru atau diselesaikan. Jumlah keluarga setinggan yang belum dipindahkan mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    Bil. Nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bilangan

    Setinggan

    1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 78
    3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 349
    4 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 141
    5 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 884
    6 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 256
    7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 963
    8 Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 71
    9 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 12
    10 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 8
    11 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 331
    12 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKLgt) 206
    JUMLAH 3,299

    Untuk makluman Yang Berhormat, Tiada pemindahan setinggan sepanjang tempoh 3 tahun ini kerana kebanyakan penempatan setinggan sedia ada mempunyai pelbagai masalah yang perlu diselesaikan secara teliti kerana ianya melibatkan isu-isu berkaitan pemilikan tanah, kes mahkamah, tuntutan yang dibuat oleh setinggan dan sebagainya. Tindakan penyelesaian bagi penempatan setinggan akan dibuat sekiranya difikirkan ada keperluan untuk membangunkan segera kawasan tersebut seperti penempatan Kg. Fajar, Hulu Kelang. Perancangan pembangunan yang akan dilakukan ke atas penempatan Kg. Fajar kelak akan mengambil kira kos yang akan ditanggung antara Kerajaan Negeri dan penduduk setinggan berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.