Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

34) SETINGGAN SIFAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejajar dengan sasaran kerajaan terdahulu mencapai "Setinggan Sitar", sejauh manakah perkembangan proses pemindahan setinggan ini?

    Sehingga 12 Mei 2008 seramai 46,285 (97.5%) keluarga setinggan daripada
    47,482 keluarga setinggan yang telah dibanci pada tahun 1998 dan 2002 oleh
    setiap Pihak BerkuasaTempatan (PBT)telah pun berjayadipindahkan sama ada
    ke projek RKR atau ke penempatan sementara seperti Projek Perumahan
    Rakyat (PPR) dan Council Homes. Baki seramai 283 keluarga atau 0.6% masih
    berada di atas tapak kerana urusan pinjaman bank yang belum selesai atau
    projek RKR yang dipadankan kepada mereka yang dijangka siap pada
    penghujung tahun 2008. Selebihnya 268 keluarga atau 0.6% telah membawa
    kes ke mahkamah yang mana akan membantutkan pencapaian setinggan sitar
    kerana tindakan ke atas mereka hanya boleh dibuat selepas keputusan
    mahkamah diperolehi dan ini adalah di luar kawalan Kerajaan Negeri terdahulu
    untuk mengambil sebarang tindakan. Berikut adalah pencapaian program
    setinggan sitar bagi setiap PBTdi Negeri Selangor:-
    — – – – —
    Jadual1 : KedudukanPenyelesaianSelangor SetingganSifar Setiap PBT Sehingga 12 Mei 2008
    b) Mengikut laporan bancian yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    masih terdapat seramai 1,197 (2.5%) keluarga setinggan daripada 10 buah
    penempatan setinggan masih berada di atas tapak. Senarai nama penempatan
    setinggan yang masih belum dirobohkan mengikut PBT adalah seperti berikut :-
    — —- —-
    Bil. Nama Jumlah Bil. Setinggantelah Baki setinggan Bil. Setinggan
    PBT Keluarga dipindahkan akan dipindahkan pada
    Setinggan Sehingga diselesaikan Tahun 2008/2009
    12 Mei 2008 dalam bulan (kes-kes khas)
    Mei- Disember
    2008
    (1) (2) (3) (4) (5) (6)
    1. MPS 6,436 5,541 219 676
    (86.1%) (3.4%) (10.5%)
    2. MPK 6,144 5,921 64 159
    (96.4%) (1.0%) (2.6%)
    3. MPAJ 7,540 7,461 – 79
    (99.0%) (1.0%)
    4. MBSA 3,376 3,376 – – (100.0%)
    5. MBPJ 16,818 16,818 – – (100.0%)
    6. MPKj 2,222 2,222 – – (100.0%)
    7. MPSJ 3,645 3,645 – – (100.0%)
    8. MPSp 57 57 – –
    (100%)
    9. MDKS 559 559 – –
    (100.0%)
    10. MDSB 418 418 – –
    (100%)
    11. MDHS 152 152 – –
    (100%)
    12. MDKL 115 115 – –
    (100%)
    Jumlah 47,482 46,285 283 914
    (97.5%) (0.6%) (1.9%)

Lampiran

Tiada Lampiran.