Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

148) SEWA PERUMAHAN PPR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah mengkaji semula kadar sewa untuk rumah PPR di mana ianya telah dikurangkan dari RM 250 sebulan ke RM 124 sebulan bagi mereka yang layak . Senaraikan syarat-syarat bagi seseorang layak membayar sewa RM 124 sebulan sahaja.

    Kerajaan Negeri masih mengekalkan kadar sewa RM250.00 sebulan kepada penyewapenyewa PPR dan council homes di Negeri Selangor. Kadar sewa RM124.00 sebulan hanya layak dipertimbangkan kepada penyewa-penyewa yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan dengan mempunyai 5 orang isi rumah. Walau bagaimanapun, syarat seperti warganegara Malaysia dan belum memiliki sebarang jenis rumah juga diambil kira dalam menentukan penyewa tersebut layak membayar sewa pada kadar RM124.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.