Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

166) SEWAAN PENGGUNAAN KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan belia dan generasi muda di Selangor sehingga kini. Ini kerana wujud elemen pengkorporatan dan keuntungan kerana difahamkan kerajaan negeri akan mengenakan sistem bayaran sewa ke atas setiap penggunaan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam

    kerajaan Negeri tidak sesekali meminggirkan pembangunan belia serta kebudayaan di
    negeri Selangor walaupun Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen
    7, Shah alam sedang dalam proses pengkorporatan. Tujuan utama Kerajaan Negeri
    berbuat demikian kerana ingin meningkatkan lagi imej dan kadar penggunaan Kompleks
    Belia dan Kebudayaan yang mana kompleks ini suatu ketika dahulu suram dan kurang
    promosi kepada umum.
    Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menceriakan semula kompleks di samping
    membangunkan beberapa program yang boleh menarik persatuan-persatuan luar dan
    orang ramai. Tanpa penyewaan yang minimum yang dikenakan maka kompleks
    tersebut agak terhad untuk mengadakan sebarang program kerana kos
    penyelenggaraan sedia ada sangat tinggi iaitu tidak kurang daripada RM750 ribu
    setahun
    Jika dilihat perbezaan pendapatan kompleks pada sebelum dan selepas
    pengkorporatan, unjuran pendapatan sehingga 30 Jun 2010 ialah sebanyak
    Rm827,741.55 berbanding pendapatan keseluruhan pada tahun 2009 iaitu
    RM859,927.02. Kerajaan Negeri percaya dengan adanya elemen pengkorporatan ini,
    bukan hanya penyewa-penyewa kompleks sedia ada sahaja yang berpeluang
    menggunakan kemudahan ini malahan badan-badan kerajaan, persatuan dan NGO
    boleh menikmati kemudahan ini bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.