Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

171) Sewaan Unit Kedai Majlis

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi menghadkan tempoh sewaan unit-unit sewaan kepada maksima 10 tahun terpakai untuk semua PBT?

    Buat masa ini, PBT tidak melaksanakan polisi mengehadkan tempoh unit-unit sewaan kepada maksima 10 tahun. Penentuan tempoh sewaan di PBT adalah berbeza-beza berdasarkan faktor perniagaan dan lokasi masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 20/2020 bertarikh 3 Jun 2020 yang disahkan oleh MMKN 21/2020 bertarikh 10 Jun 2020 telah memutuskan agar tempoh sewaan gerai/ tapak milik PBT dihadkan untuk tempoh masa tertentu untuk seseorang pemohon bagi memberi lebih banyak peluang kepada penjaja-penjaja yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.