Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

245) SHAH ALAM ROYALE THEATRE (SART)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini SART?

    1. Melalui cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertarikh 23 Julai 2014 kertas EXCO-MTES No.6/22/2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 29/2014 pada 6 Ogos 2014, pengurusan Shah Alam Royale Theatre (SART) dipersetujui untuk diserahkan kepada Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Pihak UPEN telah diminta menyediakan satu kertas cadangan berhubung pengambilalihan Bangunan Teater Shah Alam berserta kos pengurusan dan pentadbiran jika diserahkan kepada pihak PADAT. MBSA diminta menguruskan hal-hal pembayaran bagi bil-bil utiliti dan penyelenggaraan bangunan

     

    Sehingga kini, tiada pengesahan status diterima daripada mana-mana pihak. Namun Majlis menerima permohonan daripada wakil PADAT untuk mengadakan ukurperiksa bangunan untuk penyediaan ruang pejabat di tingkat bawah, manakala ruang pejabat di tingkat satu telah diluluskan oleh Mesyuarat Exco untuk digunakan sebagai ruang pejabat oleh kakitangan Jabatan Kebudayaan

Lampiran

Tiada Lampiran.