Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

177) SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK MELIBATKAN PASUKAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Selangor di TV Selangorku?

    Media Selangorku (TV Selangor) adalah merupakan media rasmi pasukan Red Giant yang membuat liputan di semua perlawanan termasuk home dan away buat masa kini. Pihak Kerajaan Negeri melalui TV Selangor buat masa ini belum berhasrat untuk menayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Selangor di TV Selangorku kerana pihak TV Selangor tiada hak penyiaran secara langsung. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan hak penyiaran kepada pihak Media Prima (TV3).

     

    Walau bagaimanapun, pihak TV Selangor telah mengambil inisiatif-inisiatif lain antaranya seperti membuat liputan keseluruhan perlawanan sama ada home atau away, memuatnaik setiap rangkuman atau aksi di TV Selangor sejurus selepas tamat perlawanan dan juga setiap jaringan atau gol akan dimuatnaik di Facebook di Media Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.